2010年8月20日 星期五

Ibu Tunggal Dirempuh Lori

Dari kanan, En Barmin (Pegawai Kebajikan Subang Jaya), Senator Heng Saei Kie, Dato Yap Pian Hon dan Dari Kiri, Tony Tan Kin Ning. (Ahli-ahli keluarga Mangsa )

Seorang ibu tunggal, Wong Siew Fong 46 tahun, mangsa dirempuh sebuah lori yang mengalami cedera parah yang berlaku di Jalan Besar, Seri Kembangan pada hari Khamis lalu sedang dirawat di Hospital Serdang dapat perhatian daripada Senator Heng Saei Kee, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang turut meluangkan masa melawat mangsa di Hospital Serdang dan hadiahkan hamper kepadanya.

Dato’ Yap Pian Hon, Pengerusi J/K Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat Serdang dan Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia Cawangan Seri Kembangan serta dua Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Subang Jaya turut menyertai lawatan itu.

Saei Kee Berkata, JKM amat prihatin dengan nasib ibu tunggal ini menjadi tanggungjawab JKM untuk membantu mangsa ini supaya kehidupan anaknya tidak diabaikan.

Katanya, JKM Subang Jaya akan memberi bantuan segera dan bantuan kanak-kanak serta bantuan Penjaga Pesakit Terlantar akan diaturkan mengikut prosedur JKM dengan kerjasama dari J/K Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat Serdang.

Pian Hon berkata, Badan Kebajikan Serdang terus memberi bantuan kepada mangsa ini untuk mengatasi kerumitannya dan berharap pihak polis akan meneliti kes kemalangan ini supaya ibu tunggal ini yang dijadikan mangsa akan menerima keadilan yang saksama.

18.08.2010

沒有留言:

張貼留言