Seramai 415 orang miskin dari berbilang bangsa termasuk orang tua, OKU, ibu tunggal di sekitar kawasan Seri Kembangan dan Serdang telah menerima bantuan bulanan Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat pada penghujung 2010.
Penerima bantuan kebajikan ini ianya diuruskan dan dikoordinasikan oleh J/K Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Serdang dengan kerjasama JKM Subang Jaya untuk menjayakan program kebajikan yang bertujuan meringankan beban hidup golongan kurang nasib baik.
Ini dinyatakan oleh Dato Yap Pian Hon, Pengerusi J/K Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Serdang selepas menyaksikan majlis penyerahan wang bulanan dari pegawai kebajikan, En Asmazi kepada penerima bantuan orang miskin di sekitar Seri Kembangan.
Pian Hon berkata, bentuk bantuan yang diberikan adalah meliputi pelbagai skim mengikut kelayakan dan kesesuaian penerima dengan jumlah bantuan yang disalurkan kini adalah dari RM 100.00 sehingga RM 450.00 sebulan.
Beliau menegaskan bahawa penerima bantuan itu terdiri daripada 84 orang dibawah Skim Bantuan AM (kad kebajikan merah), 45 orang Skim OKU Bekerja (kad hijau), 49 orang Skim OKU Tidak Bekerja (kad oren), 16 orang Skim OKU Penjaga Terlantar (kad putih), 155 orang Skim Bantuan Orang Tua (kad kuning) dan 66 orang Skim Bantuan Kanak-kanak (kad biru).
Beliau selanjutnya berkata, pada tahun ini badan kebajikan NGO ini akan mempergiatkan lagi pendekatan kebajikan untuk mencari golongan miskin yang masih belum mengemukakan permohonan kebajikan supaya kadar kemiskinan di sekitar kawasan Seri Kembangan dan Serdang dapat dikurangkan selaras Dasar Pembasmian Kemiskinan Kerajaan Persekutuan.
22-01-2011

沒有留言:
張貼留言