2012年2月18日 星期六

Majlis Mesra Aanjuran Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Serdang


Pemimpin-pemimpin Badan NGO Serdang digesa untuk memberi sokongan kepada Dasar Trasformasi Ekonomi dan Pentadbiran Kerajaan yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang akan menghasilkan kebaikan kepada masyarakat Cina.

Ini dinyatakan oleh Dato’ Yap Pian Hon, Presiden Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Serdang semasa merasmikan majlis mesra sempena Perayaan Tahun Naga yang lebih 600 pemimpin Badan NGO yang terdiri dari wakil persatuan penduduk, kelab sukan dan rekreasi, Badan Belia & Wanita, IKS dan lain-lain turun hadir dalam majlis itu yang dianjurkan oleh Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Serdang di sebuah restoran dekat Seri Kembangan.



Beliau berkata, kerajaan persekutuan telah melancarkan pelbagai transformasi selaras dengan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” supaya masalah rakyat dapat didengar oleh pemimpin-pemimpin negara bagi menyelesaikannya.

Dato’ Yap menambah bahawa subsidi-subsidi telah diberi barang-barang keperluan harian seperti tepung, gula, minyak masak, gas memasak, beras untuk meringankan beban rakyat dan mengurangkan kadar inflasi negara.



Beliau juga berkata, pemimpin-pemimpin Badan NGO bertanggungjawab untuk memaklumkan Dasar Transformasi Nasional untuk semua rakyat yang akan meletakkan negara kita di landasan yang kukuh dan kesejahteraan.

Beliau juga meyeru kepada pemimpin-pemimpin NGO bekerjasama untuk mempergiatkan angin perubahan di sekitar kawasan Serdang pada Tahun Naga supaya partumbuhan sosial ekonomi ke tahap yang lebih cerah masa depan.


15.02.2012

沒有留言:

張貼留言