2013年12月12日 星期四

Lawatan Menteri Pembangunan Masarakat dan Hal Ehwal Negeri Sabah.

Lawatan oleh YB Datuk Hajah Jenab Haji Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Negeri Sabah dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sabah ke Rumah Sejahtera (Rumah Orang Tua) Seri Kembangan yang diaturkan oleh Jabatan Kebajikan Kemasyarakat Negeri Selangor .


 Rombongan YB Menteri Sabah berkenaan telah disambut oleh Dato’ Yap Pian Hon, Pengerusi Pengurusan Rumah Sejahtera Seri Kembangan merangkap Pengerusi  Majlis  Pusat Kebajikan Se- Malaysia Cawangan Seri Kembangan dan barisannya di ruang tetamu rumah berkenaan.


Dato’ Yap Pian Hon telah memberi taklimat ringkas berkaitan sejarah penubuhan, sistem pentadbiran dan pengurusan rumah sejahtera berkenaan kepada tetamu khas.

Dato’ Yap Pian Hon juga memberitahu bahawa rumah sejahtera ini dimiliki dan diuruskan sepenuhnya selama 30 tahun oleh Majlis Pusat Kebajikan Se-Malaysia Cawangan Seri Kembangan sebagai NGO sehingga kini dengan kerjasama dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Hujahnya, “Syarat menerima penghuni berdasarkan tanpa keluarga menjaga kehidupannya agar nilai budaya Asia terjamin supaya tidak menggalakkan anak-anak dan keluarganya menghantar ibubapa yang usia tua ke rumah ini, segala hidup saraan penghuni diberi percuma oleh pengurusan dan bantuan daripada doktor swasta untuk memerkasa kesihatan penghuni secara percuma dan pegawai perubatan Klinik kerajaan sering melawat ke rumah ini untuk memberi nasihat kebersihan penghuni.”

Lawatan rasmi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ke rumah ini pada 28.05.2012 yang begitu prihatin dan mengambil serius kebajikan kepada warga mas di sini.


YB Menteri Sabah merasa kagum terhadap pentadbiran dan pengurusan badan NGO kepada rumah orang tua dengan pemimpin-pemimpin NGO menjalankan tugas dan tanggungjawab sosial secara sukarela agar akan dapat mengalakkan lebih banyak badan NGO menyertai aktiviti social dengan menggalakkan perkembangan kebajikan warga mas lebih cerah lagi.


Jamuan ringan disediakan untuk membincangkan lebih lanjut hal ehwal kebajikan  dalam keadaan meriah dan mesra .


12.12.2013

沒有留言:

張貼留言