2014年3月4日 星期二

Sambutan Perayaan CNY Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Serdang.




Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Serdang (GPS) menasihat kepada pemimpin-pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) di sekitar kawasan Serdang sepatutnya mengambil inisiatif untuk memahami maklumat yang lengkap tentang perubahan hasil transformasi sosial ekonomi dan politik negara dari masa ke masa dan bukanlah hanya bersikap meluahkan rungutan sahaja.



Dato Yap Pian Hon, Presiden Gabungan Pertubuhan-pertubuhnan Serdang yang berkata demikian semasa perasmian majlis mesra anjuran Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Serdang untuk meraikan 150 pemimpin-pemimpin NGO tempatan daripada 32 buah NGO yang bergabung dengannya.

Pian Hon berkata, GPS pernah mengadakan perbincangan tentang perkembangan sosial ekonomi Serdang yang menganggap serba kekurangan kerana tiada pelan pembangunan sosial ekonomi diwujud pada beberapa tahun lalu mengakibatkan Iklim pelaburan yang kurang baik. GPS terdapat banyak rungutan serta tidak puas hati dari sebahagian penjaja yang tertekan dan rasa kecewa para pengusaha perniagaan kerana kadar lesen perniagaannya telah dinaikkan secara mendadak oleh Kerajaan Pakatan Selangor yang terjejas perkembangan sosial ekonomi kawasan Serdang.


Tambah beliau, GPS akan sentiasa memantau dan mengikut susulan tentang perkembangan Projek Pembinaan persimpangan bertingkat  di kawasan Taman Universiti Indah, Seri Kembangan / Taman Equine untuk menyambung terus ke Lebuhraya KL-Putrajya (MEX Highway) yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dengan kosnya RM 90 juta. Apabila siapnya projek ini ia akan melicinkan dan mempertingkatkan sistem lalu lintas kawasan Serdang khususnya akan memberi kemudahan untuk meringankan kesesakan lalu lintas di Jalan Besar Seri Kembangan, Taman Universiti Indah dan Taman Equine kelak.





03.03.2014

沒有留言:

張貼留言