2015年11月2日 星期一

Kluster Penyelidikan Wellness UM Datang Ke Rumah Orang Tua Seri Kembangan.

Kluster Penyelidikan Wellness Universiti Malaya sedang menjalankan kajian selidik Dental Care Pathways For Geriatric Populations In ASEAN Countries berkolaborasi dengan Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia di Pusat Jagaan.



Dato’ Yap Pian Hon, Pengerusi Pertubuhan J/K Pengurusan Rumah Orang Tua Seri Kembangan telah menerima surat daripada Prof Dr. Noor Hayati Bt Abu Kasim, Dekan Kluster Penyelidikan Wellness, UM memaklumkan tujuan kaji selidik dijalankan di Rumah Orang Tua Seri Kembangan yang dipilih untuk terlibat dalam kajian ini. 


Objektif kaji selidik ini dinyatakan melibatkan wargamas berumur 60 tahun ke atas di pusat jagaan untuk mendapatkan informasi tentang persepsi wargamas di pusat jagaan berkaitan perkhidmatan kesihatan pergigian sedia ada tanpa melibatkan pemeriksaan mulut dengan informasi ini akan digunapakai untuk pembangunan Dental Care Pathways bagi wargamas di Malaysia dan juga negara ASEAN.

Dato’ Yap Pian Hon menyambut baik aktiviti kaji selidik untuk perkhidmatan kesihatan pergigian penghuni rumah orang tua ini dan memberi taklimat ringkas ke atas latar belakang Penubuhan Rumah Orang Tua Seri Kembangan dan cara pentadbiran harian bagi menjamin kesejahteraan penghuni yang tidak berkeluarga di rumah orang tua ini.

Selepas itu bersama dengan Puan Shiuan, Pegawai Penyelidikan, UM dan rombongannya serta Dr Zainab Shamdol, Timbalan Pengarah, Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia dan pegawainya bersarapan bersama dengan penghuni-penghuni rumah orang tua.

Di samping itu, para penghuni diatur masing-masing bertemu dengan pegawai kaji selidik agar informasi kesihatan pergigian yang akan direkodkan pada tempoh sepanjang masa sehari.


22.10.2015

沒有留言:

張貼留言