2013年9月25日 星期三

AGM Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Serdang


Pemimpin-pemimpin NGO Serdang mendakwa bahawa cadangan projek pembinaan jambatan bertingkat di Pusat Perdagangan Seri Kembangan dan Serdang Perdana yang dikomited oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya masih belum ditunaikan walaupun sumbangan yang diserahkan kepada sesetengah pemaju yang berhampiran lokasinya telah dikutip bagi membiayai sebahagian kos pembinaannya.

Dakwaan ini telah disuarakan pada mesyuarat agung perwakilan Badan NGO yang bergabung di dalam Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Serdang yang diadakan di Dewan Persatuan Peniaga dan Pengusahaan Sederhana Dan Kecil Seri Kembangan yang dipengerusikan oleh Dato’ Yap Pian Hon, Presiden Gabungan NGO berkenaan.

Badan NGO Serdang ini telah meminta penjelasan sebabnya kelambatan beberapa tahun lamanya pelaksanaan projek jambatan bertingkat berkenaan.


Pemimpin-pemimpn NGO Serdang berasa kecewa dan dukacita terhadap fungsi pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya seolah-olahnya mengamalkan sistem “menganaktirikan” yang meminggir dan menepikan pembangunan sosial ekonomi di sekitar Kawasan Seri Kembangan yang tidak setaraf dan senasib yang dinikmati di kawasan Subang Jaya yang begitu indah dan pesat  pembangunan sosial ekonominya.

Dato’ Yap berkata, pemimpin-pemimpin NGO Serdang berhak tanya dan perlu mendapat penjelasan daripada pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya terhadap jumlah peruntukan yang disalurkan di kawasan Seri Kembangan dan Subang Jaya setiap tahun secara adil dan telus agar penduduk-penduduk berkenaan akan memahami sebabnya keadaan kepincangan dan layanan kurang munasabah berlaku sepanjang masa ini.




25.09.2013

沒有留言:

張貼留言