2013年9月26日 星期四

Penubuhan Malaysia Ditandatangani 签署成立马来西亚协议


Penyata Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara Dan Sarawak 1962 menerangkan hasil Laporan Suruhanjaya yang menunjukkan sejumlah 80% penduduk Borneo Utara dan Sarawak menyokong Gagasan Malaysia. Laporan ini dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Malaya pada 21/6/1962.

Suruhanjaya itu ditubuhkan pada 17/1/1962 yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold, wakil Kerajaan Persekutuan Malaya, Datuk Wong Pow Nee (MCA) dan Ghazali Shafie (UMNO), wakil Kerajaan British, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston manakala H.Harris sebagai Setiausaha.

Perjanjian penting ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel, Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Upacara Pengisytiharan Penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 16/9/1963.

签署成立马来西亚协议

东姑于09/071963在英国伦敦签署成立马来西亚联邦协议。沙巴首任首席部长佛亚斯迪芬宣布沙巴参与成立马来西亚。

Gambar dibawah ianya PM Persekutuan Malaya, Tunku Abdul Rahman ketika menandatangani Perjanjian Pembentukan Malaysia pada 9 Julai, 1963 di London.

Ketua Menteri Sabah yang pertama, Mohamed Fuad Stephens mengisytiharkan Sabah menyertai Pembentukan Malaysia.


26.09.2013

沒有留言:

張貼留言